|

MUAT TURUN
BORANG DI SINI
InsyaAllah, program
Dauroh untuk remaja kembali lagi. Program yang telah
diperkenalkan oleh pihak JAIS dua tahun lepas kini menjadi
agenda tahunan Masjid Al-Khairiyah. Pengisian yang
berorientasikan ibadat bertujuan tidak lain untuk memberi
kefahaman serta penghayatan Islam kepada anak-anak Remaja
khasnya anak-anak remaja kariyah Masjid Al-Khairiyah ini.
Mendidik dan
pendedahan pada peringkat awal terhadap Islam adalah sangat
penting serta menanamkan sifat serta sikap cintakan Allah
swt serta Nabi Muhammad s.a.w perlu ditanamkan kepada para
remaja yang bakal mengantikan kita pada masa akan datang,
InsyaAllah.
Ibu-bapa disarankan
merebut peluang yang ditawarkan oleh pihak Masjid ini untuk
mengisi masa percutian anak-anak dengan ilmu yang sangat
bermanafaat. Daftarlah seawal mungkin kerana tempat adalah
terhad.
| SEKITAR
CERAMAH UST. AZHAR IDRUS |
 |