Panduan jika berlaku kematian (kepada semua jemaah / ahli khairat). Tindakan yang perlu dibuat adalah seperti berikut:

LANGKAH 1

Sila hubungi:

Hj. Ramli bin Arifin - Imam 1 (013-2048928)

Hj. Che Mohd. Yussof bin Ngah (019-3145454)

Mereka akan menyelaras  perkara-perkara seperti berikut:

  • Tanah perkuburan (Tanah perkuburan TSG di Bukit Permata)
  • Kenderaan van jenazah
  • Memandikan dan mengkafankan jenazah
  • Menghubungi Imam (untuk urusan solat jenazah dan membaca talkin)

 LANGKAH 2

Pihak keluarga perlu mendapatkan:

  • Sijil Pengesahan Kematian daripada pihak hospital, atau;
  • Sijil Menguburkan Mayat daripada pihak Polis

 Pembahagian tugas untuk urusan jenazah adalah seperti berikut:

Urusan Kenderaan Jenazah:

  • Hj. Adnan bin Ahmad (013-3131645)
  • En. Md. Zainal bin Md. Shariff (012-2097146)

Urusan Mandi/Kapan bagi Jenazah Lelaki

  • Ust. Shahrul Effendi (019-2270681)

Urusan Mandi/Kapan Jenazah bagi Jenazah Perempuan

  • Hjh. Legiam bt. Mohd. Ikhsan @ Kak Su (010-7815171)
  • Hjh. Embun bt. Abdul Hamid (019-2029777)

Solat Jenazah

  • Imam Hj. Ramli bin Ariffin (013-2048928)
  • Imam Hj. Abdullah bin Musa (012-3869040)
  • Ust. Hafiz anuar bin Abdullah (012-9016789)
  • YM Hj. Raja Abdul Kadir Raja Omar (013-3622530)

Pentadbir Tanah Kubur Taman Seri Gombak/Bukit Permata:

  • Hj. Che Mohd. Yussof bin Ngah (019-3145454)

Penggali Kubur

  • Pak Din (016-7245691)

 

Pembayaran pengurusan jenazah lelaki/perempuan untuk ahli khairat sahaja sebanyak RM1000 untuk perkara berikut:

  Urusan   Kos
  Kain kapan (lelaki/perempuan dewasa)    RM250  
  Mandi jenazah (2 orang)    RM150
  Kenderaan/kereta jenazah (dalam Taman Seri Gombak)     RM100
  Sumbangan bacaan talkin/tahlil 3 malam    RM100
  Pengurusan tanah kubur Taman Seri Gombak   RM400
  Jumlah   RM1000  

 Pembayaran pengurusan jenazah kanak-kanak lelaki/perempuan 2 tahun ke bawah untuk ahli khairat sebanyak RM450 untuk perkara berikut:

  Urusan   Kos
  Kain kapan (lelaki/perempuan)    RM100  
  Mandi / kapan    RM100
  Kenderaan/kereta jenazah (dalam Taman Seri Gombak)     RM100
  Pengurusan tanah kubur Taman Seri Gombak   RM150
  Jumlah   RM450

 Pengurusan cebisan anggota sebanyak sebanyak RM200 untuk perkara berikut:

  Urusan   Kos
  Bersih/kain kapan (lelaki/perempuan)          RM50
  Pengurusan tanah kubur Taman Seri Gombak         RM150  
  Jumlah   RM200

Muat turun:

PERHATIAN:

Semua urusan pembayaran berkaitan pengurusan jenazah hendaklah dilakukan di pejabat am Masjid Al-Khairiyah Taman Seri Gombak.