Kursus Jenazah

Posted in Terkini

Satu siri kursus jenazah berkelompok untuk muslimat telah dengan jayanya dianjurkan oleh Biro HELWA Masjid Al-Khairiyah dengan kerjasama semua muslimat surau di bawah Masjid Al-Khairiyah, bertempat di Masjid Al-Khairiyah dan tiga surau di dalam kariah Masjid Al-Khairiyah. Siri kursus tersebut dimulakan dengan Kursus Pengurusan Jenazah Intensif di Masjid Al-Khairiyah pada 27 April 2014 yang disertai oleh 24 orang peserta. Seterusnya, kursus jenazah berkelompok ini telah diadakan  di Surau Al-Kahfi, Pinggiran Batu Caves pada 4 Mei 2014 dengan jumlah peserta seramai 62 orang. Pada 11 Mei 2014, kursus diadakan di Surau Ubudiah, Fasa 9, Taman Seri Gombak dengan dihadiri seramai 100 peserta. Siri terakhir kursus telah dianjurkan pada 18 Mei 2014 yang telah dihadiri oleh seramai 59 orang peserta di Surau Darul Hidayah, Pinggiran Batu Caves.

Penceramah jemputan untuk keempat-empat sesi kursus pengurusan jenazah ini adalah Ustazah Nor Azimah Kasbi dari MAIS. Beliau dibantu oleh beberapa orang fasilitator yang terdiri dari pengurus jenazah yang berpengalaman dari sekitar kariah Masjid Al-Khairiyah dan juga bekas peserta kursus intensif bertarikh 27 April 2014. Selain dari sesi teori, peserta juga didedahkan dengan sesi praktikal menguruskan jenazah seperti menyediakan peralatan kain kapan, memandikan jenazah dan juga mengkafankan jenazah. Ahamdulillah maklumbalas peserta di borang maklumbalas kursus menunjukkan peserta amat berpuas hati dengan pengisian program kursus.

 

Peserta Kursus Bersama Fasilitator dan Penceramah

Di Dewan VIP Masjid Al-Khairiyah, peserta Kursus Intensif Bersama Penceramah, Fasilitator dan Urusetia

 

Di Dewan Solat Utama Surau Al-Kahfi, peserta khusyuk menimba ilmu dari penceramah

 

Di Dewan Solat Utama Surau Ubudiah, peserta bersama penceramah

 

Peserta bersama penceramah dengan latihan praktikal