Delegasi Mahabbah

Posted in Terkini

Program delegasi mahabbah anjuran HELWA Masjid Al-Khairiyah Taman Seri Gombak telah dirancang sebagai sebahagian dari usaha untuk membantu mengimarahkan masjid dan surau-surau di bawah kariah Masjid Al-Khairiyah, selain bertujuan untuk berkenal-kenalan, beramah-mesra, berkongsi maklumat program masjid dan surau dan bertukar fikiran sesama AJK HELWA dan muslimat setempat surau-surau di sekitar kariah masjid. Program yang dirancang secara berperingkat telah dimulakan pada bulan Oktober 2012 dan dijangka berterusan sehingga selewat-lewatnya bulan Mac 2013. Agenda program yang serba ringkas selalunya dirancang bersama program sedia-ada surau, samada sebelum program surau bermula, atau selepas program surau selesai. Aturcara majlis adalah seperti berikut:

  • Pembukaan dan ucapan aluan dari wakil surau
  • Ucapan dari ketua HELWA Masjid Al-Khairiyah
  • Sesi taaruf
  • Sumbang-saran dan berkongsi maklumat tentang aktiviti masjid dan surau
  • Penutup

 

SENARAI SURAU DAN AKTIVITI DELEGASI MAHABBAH

 NO   NAMA SURAU  TARIKH LAWATAN
 1  Surau Nurul Huda, Taman Desa Temenggong    13 Oktober 2012  
 2  Surau Taman Bukit Permata   20 Oktober 2012
 3  Surau Al-Kahfi, Pinggiran Batu Caves   3 November 2012
 4  Surau Darul Hidayah, Flat Pinggiran Batu Caves    1 December 2012
 5  Surau Jabal Nur    5 Januari 2013
 6  Surau Ubudiah, Fasa 9, Taman Seri Gombak  Masih di dalam perancangan
 7  Madrasah Al-Iman, Fasa 7, Taman Seri Gombak   Masih di dalam perancangan
 8  Surau Al-Iman, Kg. Melayu  Masih di dalam perancangan
 9  Surau Al-Kautsar, Fasa 5, Taman Seri Gombak  Masih di dalam perancangan 
10  Masjid Al-Ittifaqiah  Masih di dalam perancangan

 

 RAKAMAN GAMBAR SEKITAR AKTIVITI DELEGASI MAHABBAH 

Bersama muslimat Surau Nurul Huda, Taman Desa Temenggong 

 

Bersama ketua muslimat Surau Taman Bukit Permata

 

 

Bersama muslimat Surau Darul Hidayah

 

Bersama muslimat Surau Al-Kahfi

  

Bersama muslimat Surau Jabal Nur 

 

 

Sambutan Zikra Maulidur Rasul 1434

Posted in Aktiviti

SAMBUTAN ZIKRA MAULIDUR RASUL 1434

Sambutan Zikra Maulidur Rasul 1434 Masjid Al-Khairiyah Taman Seri Gombak dimulai pada pagi 12 Rabiul Awwal 1434 bersamaan 24 Januari 2013 dengan perarakan 24 kontinjen dari pelbagai kumpulan sekitar kariah Masjid Al-Khairiyah Taman Seri Gombak. Suasana aktiviti perarakan boleh di lihat di facebook Masjid Al-Khairiyah.

 

Kelas Terjemahan Prakata Bahasa Arab

Posted in Terkini

 

Kelas Terjemahan Prakata Bahasa Arab dalam bacaan solat anjuran HELWA Masjid Al-Khairiyah pula ditawarkan untuk para muslimat setiap bulan pada minggu ke 2 dan ke 4 bermula dari pukul 2.30 petang hingga 4.00 petang. Kelas bimbingan Ustaz Dr. Saupi Man dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ini menumpukan pemahaman ke atas terjemahan bacaan di dalam solat. Bagi setiap perjumpaan, peserta hanya perlu membayar yuran sebanyak RM5. Harga satu salinan buku rujukan adalah sebanyak RM5. Maklumat lanjut, boleh berhubung terus dengan Puan Zainab di talian 017-3052880.