Pernikahan beramai-ramai 121212

Posted in Terkini

Masjid Al-Khairiyah telah menganjurkan majlis nikah beramai-ramai anak kariah masjid seramai 16 pasangan pada 12 haribulan Disember 2012 bermula pukul 8.30 pagi hingga sebelum waktu Zuhr. Objektif program adalah untuk mengimarahkan masjid sebagai "one-stop centre", mendidik masyarakat dengan kaedah pernikahan yang menepati syariat Islam dan sebagai khidmat kepada masyarakat dan kariah setempat. Dengan semangat kerjasama ahli jawatankuasa program, jemaah surau di dalam kariah masjid, pasangan pengantin dan ahli keluarga, alhamdulillah program telah berjalan dengan lancar.

 

Program Daurah Remaja 2012

Posted in Terkini

Program  Daurah Kefahaman Islam dan Penghayatan Al-Quran Remaja anjuran Masjid Al-Khairiyah, Taman Sri Gombak untuk tahun 2012 sempena cuti sekolah bermula dari 12 November hingga 10 Disember 2012. Program dijalankan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat dari pukul 8.00 pagi hingga 1.00 tenghari selepas zolat Zuhr. Minum pagi dan bahan program juga disediakan untuk setiap peserta yang berumur diantara 10 tahun hingga 17 tahun. Program anjuran bersama Masjid Al-Khairiyah Taman Sri Gombak dan Lembaga Zakat Selangor ini adalah salah satu aktiviti masjid bagi merealisasikan masjid sebagai wahana transformasi ummah.

Di antara aktiviti kemuncak program daurah ini adalah penyusunan Program Khas Daurah Remaja 2012 dengan aktiviti-aktiviti seperti berikut:

PROGRAM TARIKH CATITAN
Qiamulail Remaja 30 November (Jumaat)

Jam 10.00 malam daftar di Dewan Seminar

(8.00 pagi ibubapa peserta jemput pulang)

Xplorace Anakku Hebat 4 Disember (Selasa) Jam 8.00 pagi berkumpul dan bertolak ke Nur Laman Bestari Eco-Resort Ulu Yam)
Pertandingan Nasyid & Azan 5 Disember (Rabu) Bermula jam 8.30 pagi di Dewan Seminar masjid
Pertandingan Tazkirah ringkas, Hafazan

6 Disember (Khamis)

Bermula jam 8.30 pagi di Dewan Seminar masjid
Majlis Penutup bersama ibubapa 7 Disember (Jumaat) Bermula jam 9.00 malam di Dewan Serbaguna (ibubapa diharapkan hadir bersama peserta)